Translate

Thursday 31 October 2013

FATAMORGANA KASIH

Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

Apa khabar semuanya? Saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Okay, this blog was created specially for all of you to connect with me. In a way, this is a channel for you to comment on my writings and also to give me honest feedback. Saya tahu tidak ramai yang mengenali saya dan telah membaca buku-buku tulisan saya. Tetapi tidak mengapa, semuanya perlu bermula dengan satu langkah. Like the saying goes, the journey of a thousand miles begin with a single step.

So, in this first entry, I would like to express my thanks to all of you who have bought my books. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua. Alhamdulillah, berkat sokongan kalian, saya telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang hasil daripada jualan buku pertama dan juga yang kedua ini untuk anak-anak yatim serta anak-anak buta penglihatan.



For the first book 'BIAR MEREKA TAHU', wang hasil jualan buku telah saya salurkan kepada anak-anak yatim dan miskin di dua buah sekolah iaitu SEKOLAH  RENDAH KEBANGSAAN MEGA dan SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TUN HUSSEIN ONN, pada Hari Raya Aidil Firtri 2013 yang lalu. Alhamdulillah, adik-adik yang menerimanya juga sungguh gembira dengan pemberian itu dan saya berharap semoga semua yang telah menyokong saya dengan membeli buku-buku tersebut akan dirahmati oleh Yang Maha Tahu. Thanks a million to all of you out there!

Bagi yang telah membaca buku-buku saya, saya berharap kalian akan terus menyokong saya dalam perjuangan ini. Your sincere support is very much appreciated. Saya akan berusaha untuk memberikan kalian naskah yang lebih baik pada masa akan datang, InsyaALLAH.

Siapa bilang menulis itu mudah?
Jujur saya katakan, saya sangat menghormati para penulis di luar sana. Kesemuanya. You are all great people because it is not easy to write books. BRAVO to all of you!
Pernahkah kalian tahu seperti apa proses yang berlaku sebelum buku-buku yang berada di dalam tangan pembaca diterbitkan? Sebelum saya menapak ke dalam bidang penulisan ini, saya juga tidak begitu tahu akan proses yang terlibat sebelum sebuah buku itu dapat dicetak. Since I am now in the field, I get to see what it's like. Here's some rough ideas of what it's like to be a writer.

Saya merupakan seorang penulis yang gemar menulis dengan pena. I don't really know how to type straight to the computer like most authors. Maklum, saya masih terlalu baru dalam bidang ini. So, I pick the method that suit me best. And I love to write, therefore I write.

Penulisan novel FATAMORGANA KASIH bermula sehari selepas saya melawat sebuah rumah anak-anak buta di Brickfields, Kuala Lumpur. Kalau mahu tahu kisahnya, bacalah tinta penulis di bahagian depan buku tersebut. I was actually touched by their gestures. They accepted my presence with broad smiles on their faces. Macam-macam gaya anak-anak di sana. Meskipun mereka buta penglihatan, mereka masih tampak ceria. Mereka berumur sekitar 5-11 tahun. Kalau ada yang berusia lebih daripada itu, saya tidak tahu kerana mereka punya time-table masing-masing; which means on the day that I was there, not all students were at the centre.

Seperti yang saya katakan tadi, menulis kelihatan seperti mudah tetapi untuk menulis sebuah novel, tidaklah semudah yang kita sangka. It takes a lot of patience and perseverance. Niat untuk berbudi dan berbakti kepada bangsa, agama dan negara yang mendorong saya untuk terus mencuba sedaya-upaya hinggalah lahir sebuah novel yang layak dipersembahkan kepada pembaca-pembaca budiman di luar sana. Saya menulis bukan untuk bermegah. Saya juga bukan menulis untuk bersaing dengan penulis-penulis yang bernama besar di luar sana. Saya menulis kerana Tuhan telah mengurniakan kepada saya anugerah yang tidak dapat saya jelaskan dengan kata-kata. Keupayaan untuk menulis sebuah novel, bagi saya adalah anugerah. It is a gift from God because I believe that not everyone can write a novel. Seriously, it is very difficult to write even a chapter. Macam-macam rasa yang  telah saya rasakan di dalam hati tatkala mula menulis manuskrip ini.

Tetapi saya gagahkan diri untuk terus menulis. Setiap hari, saya akan luangkan tiga hingga empat jam untuk menulis. Menulis, menulis dan menulis sehinggalah saya rasa cukup untuk berhenti seketika. Memandangkan saya bukanlah seorang penulis yang profesional, saya menulis naskhah yang nipis dahulu untuk siri FATAMORGANA KASIH.  Buku pertama saya bergenre Thriller. Cara penulisannya juga berbeza. Untuk menulis buku itu, saya telah mengambil waktu yang sungguh lama. Saya ingin mencuba menulis genre lain pula untuk buku kedua, jadi saya berusaha untuk mengubah cara penulisan saya bagi buku bertemakan CINTA DIRAJA ini dengan harapan ianya akan dapat diterima baik oleh semua pembaca, dengan izin Tuhan Yang Maha Esa.

So, I started to write with my heart.


Sebelum FATAMORGANA KASIH mendapat namanya yang manis itu, saya telah menamakannya SOAL HATI. "Judulnya harus ditukar," kata editor saya yang sungguh mulia hatinya. I found him by chance. Seriously! It is so not easy to meet the right people at the right time. But I found him. God sent him to me. Terima kasih Tuhan kerana telah menemukan kami. Alhamdulillah, kami bekerja dengan baik. There's good chemistry between us. Banyak sekali kata-kata perangsang yang diberikan olehnya kepada saya sepanjang proses mengedit manuskrip. Thanks, dear! Thank you so much for your support. I really appreciate it.

There are so many things that my editor did to make my writings sound so much better than it was. Penulisan saya tampak lebih manis dan sedap dibaca. Without him, this will not be a success. Tinta Penulis saya yang berjela di bahagian depan buku juga diedit dengan baik olehnya. Dalam menulis buku, seorang editor memainkan peranan yang amat besar. Seperti mana lenggok bahasa editor tersebut, begitulah nanti hasil akhir tarian irama penulisan di dalam naskah seorang penulis. It is like dancing. You have to find your soulmate. Then, the book will sound great.
Manuskrip yang pada mulanya bertulisan tangan, ditaip dengan rapi. Kemudian, manuskrip itu diedit oleh editor. Seterusnya akan dihantar untuk typesetting sebelum diproof read oleh proof reader.

Mari kita lihat beberapa contoh dibawah. Jika anda telah membeli naskah FATAMORGANA KASIH, anda bisa membandingkan naskah anda dengan manuskrip awal yang sedang di dalam proses editing. Jom kita lihat sama-sama!


Bukan itu sahaja, ada banyak lagi helaian yang telah dibetulkan oleh editor.



Semuanya bermula dengan naskah tulisan seperti di bawah ini.
Panjangkan perjalanannya?

Okaylah, sampai di sini sahaja dahulu pertemuan kita. sehingga kita bertemu di lain waktu, salam sayang daripada saya.

No comments:

Post a Comment